Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah



SMU(A) KHAIRIAH BANGGOL SETOL 

SEJARAH AWAL PENUBUHAN
 Sekolah Menengah Ugama Arab Khairiah pada awal penubuhannya adalah berteraskan pendidikan berasaskan sistem pengajian pondok. Pendidikan berasaskan sistem pengajian pondok telah memainkan peranan yang amat besar kepada perkembangan pendidikan ummah di Malaysia.

 Sekolah ini pada dasarnya adalah merupakan sebahagian daripada Institusi Pondok Al Khairiah yang mana telah lama wujud sebagai produk ilmu sebelum ianya diambil sepenuhya di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan. Antara kegiatan pendidikan di bawah pengurusan Pondok Al- Khairiah ialah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Kelas Pengajian Al-Quran (Qiraati), Asrama Warga Tua Al- Khatijah dan juga Program Halaqah Ilmu.

Pondok Al-Khairiah Banggol Setol mula dibuka oleh Tuan Guru Haji Zakaria pada tahun 1953 sekembalinya beliau dari Mekah. Kekaguman beliau terhadap perjuangan Tajdid Wa Al Islah yang dipelopori oleh Muhammad Abduh dan gurunya Jamaluddin Al-Afghani menaikkan semangat beliau menubuhkan institusi ini.

               Tuan Guru Haji Zakaria B. Ismail


Pada permulaan pembukaannya, pusat pengajaran pondok ini bertempat di ‘balaisah’. Tapak ‘balaisah’ ini telah diwakafkan khusus kepada tuan guru Hj Zakaria oleh datuk saudaranya iaitu Yaakob iaitu adik kepada neneknya yang bernama Tok Mekbar. ‘Balaisah’ ini telah dibina secara gotong royong oleh generasi awal penempatan pondok ini. Bagi menampung pelajar yang semakin ramai, akhirnya sebuah masjid yang lebih besar didirikan di tapak tanah isteri Hj Zakaria iaitu Hajjah Saudah. Kawasan di sekitar balaisah dikhususkan untuk mendirikan pondok bagi pelajar perempuan  dan di kawasan masjid pula didirikan pondok-pondok untuk pelajar lelaki. Pada peringkat awal penubuhan pondok ini, corak pengajian adalah dalam bentuk halaqat iaitu menadah kitab.

PENUBUHAN SMUAK

Selepas penubuhan MAIK ( Majlis agama Islam Kelantan) pada tahun 1915, beberapa langkah telah diambil bagi memajukan sistem  pendidikan Islam di Kelantan. Antaranya ialah dengan membuka sekolah. Dalam tempoh dua dekad iaitu dari tahun 1940– 1960, persekolahan Majlis berada  di peringkat kemuncak, makmur dan gemilang. Sebagai menyahut perkembangan semasa yang berlaku, pondok  Banggol Stol telah melangkah seiring dengan perkembangan zaman. Dari asas pondok dengan sistem menadah kitab di Masjid, sebuah sekolah didirikan dan diasaskan oleh Tuan Guru Haji Zakaria sendiri pada tahun 1963. Sekolah tersebut diberi nama Sekolah Menengah Ugama Arab Khairiah Banggol Setol.


                     Pelajar  Terawal SMUAK

            Tapak SMUAK asal adalah di kawasan Masjid Pondok Al-Khairiah. Apabila bilangan pelajar semakin meningkat, bangunannya dipindahkan di kawasan bertentangan dengan tapak bangunan sekolah sekarang. Selepas itu, sekolah ini berpindah lagi ke tapak wakaf SMUAK sekarang. Pembinaannya dimulakan dengan membina hanya sebuah bangunan yang mempunyai beberapa bilik darjah sahaja dan sebuah bilik guru. Kemudian, pada tahun 2000 bangunan baru 3 tingkat dibina bertentangan dengan bangunan lama.

            Ramai pelajar dari daerah-daerah berhampiran seperti Tanah Merah, Rantau Panjang , Pasir Mas dan pelajar-pelajar dari Selatan Thailand datang ke kampung ini untuk menimba ilmu.

            Pada permulaan, sistem pengajian pondok masih lagi dikekalkan tetapi setelah berakhir sesi persekolahan. Gabungan sistem pondok dan persekolahan telah membentuk keperibadian sukakan ilmu dikalangan pelajar dan masyarakat setempat.



Senarai Pengetua
1.       Tuan Guru Hj Zakaria Bin Ismail (Pengasas/ 1963-1969)
2.       Hj Yusof Bin Ismail  (1977-1981)
3.       Nordin Bin Umar (1982)
4.       Mokhtar Bin Mohamad (1983)
5.       Sahabudin Bin Abd Raman (1984)
6.       Arifin Bin Hussin (1995)
7.       Abdul Latif Bin Awang (1996-1997)
8.       Che Wahid Bin Che Soh (1998-2000)
9.       Zainuddin Bin Ismail (2000-2005)
10.   Ismail Bin Yahya (2005-2006)
11.   Muhd Rosli Bin Zakaria (2006 - 2009)
12.   Mohd Suazhar Bin Abdullah (2009 - 2013)
13.   Asri Bin Mohd Zain (2013 – Sekarang)








PENGASAS SMUAK

Tuan Guru Hj Zakaria B. Hj.Ismail
( 1932- 2004)

    Sumbangan dan Jasa

Ø    Pengasas pondok al-Khairiah (1953)
Ø    Pengasas Sekolah Arab al-Khairiah (1963.)
Ø    Pegawai Seranta Tabung Haji (1974)
Ø    Ahli Parlimen Rantau Panjang (1974-1979)
Ø    Yang di Pertua PAS  Rantau Panjang (1974-1979)
Ø    Ketua Dewan Ulama’ PAS Kelantan (1969-1995)
Ø    Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas (1987-1993)
Ø    Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Meranti (1990-1995)



   Anugerah

Ø  Pingat Bakti dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Petra al-Haj ( 1969)
Ø  Anugerah Sumbangan dan Jasa Kepada Pengajian Pondok oleh Pusat Pembangunan  Pondok Berhad (2000).
Ø  Anugerah Tokoh Penerangan PAS Kelantan oleh  Badan Perhubungan PAS Kelantan ( 2002)



Al-Fatihah
 



PENGETUA KE-2
Tuan Guru Hj Mat Yusoff Bin Ismail
(1938-1995)



Latar Belakang Pendidikan dan Kerjaya

Ø  Pendidikan awal Di Pondok Lati
Ø  Ijazah BA Jurusan Usuluddin,Bidang Dakwah dan Ilmu Feqah Dari
             Universiti Islam Madinah.
Ø  Dilantik sebagai ahli jawatan kuasa undang-undang (FATWA),majlis Agama Islam
            Sabah.(1973)
Ø  Mengajar di Maktab Perguruan GAYA Sabah (1974)
Ø  Dilantik sebagai pelawat Muballigh Di Sabah.(1976)
Ø  Pulang ke Kelantan seterusnya mengajar di Sekolah  Menengah Ugama Arab Al-Khairiah   
             Banggol Setol dan pernah menjadi Mudir (1977)
Ø  Mengajar di Sekolah Menengah Ugama Tarbiah DIniah Gong Kemuning Pasir Putih.(1980)
Ø  Dilantik menjadi Penyelia Halaqat Parlimen Rantau Panjang.(1991)meninggal dalam
jawatan(1995)

Bakti Disemai

Ø  Menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Rantau Panjang Sebagai Ketua Lujnah
Tarbiah.(1983-1985)
Ø  Pegawai Penerangan PAS Negeri Kelantan.(1984)
Ø  Mendapat Anugerah Guru Terbaik Seluruh Kelantan dalam mata Pelajaran Tauhid,Nahu dan
            Soraf.(1977)
Ø  Mengajar dikampung-kampung di sekitar Pasir Mas,Masjid Muhammadi hingga ke
            Jerteh,Terengganu.
Ø  Dianugerahkan Allah Mempunyai kemahiran Mengubati Penyakit Gangguan Makhluk Halus menggunakan ayat-ayat Suci Al-Quran









                                                                                               

No comments:

Post a Comment